"SYAWAL pada kali ini disambut sangat sederhana... sungguhpun sedikit teruja sebab baru dikurniakan bayi perempuan, namun kami sekeluarga lebih berhati-hati selepas ujian yang menimpa." Demikian kata Nesra Ayob bercerita mengenai sambutan Aidilfitri pada kali ini, selepas keluarganya ditimpa ujian besar apabila tiga daripada empat anaknya disahkan positif Covid-19, November lalu. Selain anak-anak, ibu serta beberapa ahli keluarganya yang lain turut sama disahkan positif yang kesemuanya berjumlah 12 orang. ARTIKEL BERKAITAN: Syawal yang hambar! Wanita ini tak buat persiapan raya selepas ‘tragedi’ sekeluarga dijangkiti Covid-19... ‘badan dah lain’ walau disahkan pulih ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga bekas pesakit Covid-19 takkan lupa tragedi hilang saudara, kongsi debaran setiap kali menanti keputusan ujian swab - “Tahun 2020 sangat istimewa, dugaan hebat” Mengimbas kembali episod sedih tersebut, Nesra, 26, yang menetap di Kampung Dasar Baru, Lahad Datu berkata, tiga anaknya termasuk bayi berusia 14 hari (ketika itu) dijangkiti selepas seorang ahli keluarga terdekat disahkan positif. "Kami sekeluarga tinggal serumah. Selepas seorang positif, kami melakukan ujian saringan dan selepas keputusan diperoleh, tiga anak saya disahkan positif. Hanya saya dan anak sulung berusia enam tahun negatif. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Daripada 18 orang yang tinggal serumah, 12 orang positif. Ketika terima berita itu, saya teramat sedih apatah lagi bayi saya baharu 14 hari... saya pun masih dalam pantang. Lebih sedih sebab suami tiada di sisi kerana bekerja. Tiga daripada empat anak Nesra disahkan positif Covid-19, pada November tahun lalu. "Saya dan anak-anak terpaksa berpisah kerana mereka diletakkan di pusat kuarantin, manakala saya menemani bayi yang perlu dimasukkan ke hospital," ujar ibu muda berusia 26 tahun ini. Jelasnya, pada ketika itu dia langsung tidak memikirkan kesihatan sendiri yang masih dalam tempoh berpantang sebaliknya lebih memikirkan kesihatan kesemua anaknya. "Emosi saya agak terjejas.... memang sedih dan asyik nak menangis saja. Sedih memikirkan anak-anak di pusat kuarantin sebab mereka kecil lagi, iaitu empat dan dua tahun. Nesra sering berhubung menerusi panggilan video dengan suami dan anak-anaknya untuk melepaskan rindu. "Saya bersyukur kerana keadaan mereka tak teruk. Hanya demam ringan sahaja. Cuma keadaan ibu saya sedikit teruk kerana faktor usia. Ibu saya dirawat selama hampir sebulan lamanya," ujar Nesra. Menurut Nesra, selepas dibenarkan keluar dari hospital dan pusat kuarantin, mereka sekeluarga perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah. "Ketika itu kampung kami memang dah kena 'lockdown'. Syukur Alhamdulillah, seluruh keluarga saya akhirnya pulih daripada virus tersebut. Saya teramat sedih apatah lagi bayi saya baharu 14 hari... saya pun masih dalam pantang. Lebih sedih sebab suami tiada di sisi kerana bekerja. NESRA AYOB "Selepas apa yang berlaku, saya sedikit paranoid dan berhati-hati. Saya jarang sekali bawa anak keluar. Kalau terpaksa keluar pun, mereka akan duduk dalam kereta sahaja. "Sungguh apa yang kami sekeluarga lalui merupakan ujian yang sangat besar," ujarnya. Sudah hampir enam bulan episod sedih itu berlalu, Nesra dan keluarga masih lagi terkesan apatah lagi apabila menyaksikan kes Covid-19 semakin meningkat sehingga mencapai ribuan kes dalam sehari. Ibu Nesra (kiri) dirawat selama hampir sebulan di hospital. Ujarnya, sungguhpun ujian yang menimpa bukan calang-calang, namun mereka sekeluarga menganggap apa yang berlaku memberi hikmah besar khususnya dari segi hubungan kekeluargaan. Tambahnya lagi, Syawal pada kali ini juga memberi pengertian yang berbeza buat mereka sekeluarga. Kenangan hari raya Nesra bersama kedua-dua ibu bapanya tahun lalu. "Beraya tetap beraya tapi dalam erti kata yang sangat sederhana. Masih diberi peluang untuk berkumpul ketika Aidilfitri, kami manfaatkan untuk eratkan hubungan silaturrahim keluarga besar kami. "Bagi masyarakat di luar sana, jangan sesekali anggap Covid-19 ini hanya mainan. Patuhilah prosedur operasi standard (SOP) terutama ketika musim raya. Kalau kena dekat batang hidung sendiri, baru tahu," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!