SEBUT sahaja nama Khairulaming, kitas pasti terbayang segala video masakan yang dikongsi olehnya. Terbaharu, selebriti masakan itu menyumbangkan RM10,000 ke tabung Palestin, hasil jualan Sambal Nyet Berapi yang diusahakannya. ARTIKEL BERKAITAN: Produk laku keras dalam masa 54 minit, Khairulaming selamba tunjuk kelemahan kepada followers! "RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Diharapkan sedikit sebanyak boleh ringankan beban saudara di sana," ujarnya di Twitter. Menurut pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu, wang berkenaan disalurkan ke akaun Tabung Cinta Gaza Malaysia. Malah, dia turut berkongsi pautan di Twitter sekiranya ada mana-mana individu mahu menyumbangkan wang menerusi tabung tersebut. Perkongsian Khairulaming mengenai sumbangannya itu ternyata meraih perhatian ramai. Malah, netizen turut menyifatkannya sebagai individu yang pemurah dan wajar dijadikan sebagai contoh tauladan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!