suria

Sekali imbas memang tak perasan! Pelajar berjaya jadikan telekungnya baju raya... cantik dan praktikal tapi ‘panas’ jadi persoalan

Aishah berkongsi fesyen telekung yang boleh digayakan seperti baju raya.

MEMANDANGKAN Syawal tahun ini kita beraya dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pasti ramai yang menggunakan kreativiti masing-masing untuk tampil menarik di pagi raya.

Begitulah yang dilakukan oleh Nurul Aishah Sazali, 22, dengan memuat naik video dia menggayakan telekung seperti baju raya.

Siapa sangka telekung yang dipakai untuk beribadah boleh digayakan seperti pakaian lain yang berada di pasaran.

Rakaman video tersebut meraih hampir 700,000 tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapur rumah mak di K.Lumpur, nak ke ruang tamu di Selangor kena rentas negeri pula... anak sedih dah 2 tahun tak dapat balik beraya

ARTIKEL BERKAITAN: 6 tahun yang indah... ibu angkat rindu lihat keletah arwah Amir sambut Aidilfitri, tiada lagi kata pujian “sedapnya Tok!”

Berkongsi cerita dengan mStar, dia yang lebih mesra disapa Aishah tidak menyangka video tersebut tular.

Aishah menjelaskan idea itu datang dengan tiba-tiba sewaktu dia sedang menunggu masuk waktu solat Zohor.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Masa tu saya dah siap pakai telekung dan menunggu masuk waktu solat Zohor, lepas tu datang idea untuk buat TikTok.

“Tapi saya malas nak tulis sebab nak buat spontan, teringat pula yang telekung ni pernah masuk FYP (For You page) hari tu.

“Jadi saya pun pakai tudung di bahagian luar untuk kelainan, tak sangka nampak cantik pula,” katanya kepada mStar.

Aishah menggunakan tali pinggang dan blazer untuk dipadankan dengan telekungnya.

Apa yang menarik, ada yang menyuruh Aishah menggayakan telekung itu dengan aksesori lain seperti tali pinggang serta blazer.

Menurut pelajar jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan dari Politeknik Sultan Idris Shah ini, dia sememangnya gemar memadankan pakaiannya dengan aksesori atau apa sahaja yang akan membuatkan baju yang dipakai nampak menarik.

“Saya memang suka mix and match benda untuk dijadikan outfit, tapi kalau diri sendiri pakai tu tak lah.

“Sebab kalau keluar pun pakaian saya biasa je cuma memang minat dan itu merupakan salah satu cara untuk mengekspresikan diri,” katanya yang menetap di Ampang, Kuala Lumpur.

Tak salah pun nak bergaya di dalam rumah, harap nanti kalau ada yang mencuba tu jangan lupa tag saya.

NURUL AISHAH SAZALI

Walaupun netizen suka melihat dia menggayakan telekung itu seperti baju raya, ada yang kurang setuju dengan tindakannya itu.

Aishah menjelaskan bahawa ia sesuai dipakai di dalam rumah ketika mahu menunggu waktu solat, tetapi tidak menjadi kesalahan jika mahu dipakai ketika keluar rumah sekali pun.

Aishah (kanan) merupakan anak bongsu daripada empat beradik.

“Orang di luar sana boleh mencuba style ni bagi memudahkan mereka sentiasa bersedia untuk menunaikan solat. Tiada lagi masalah kena bawa telekung bila keluar.

“Ada je yang tanya ‘tak panas ke pakai macam ni?’, saya buat video itu hanya sekadar berkongsi idea sebab kita tak boleh keluar pun masa raya.

“Tak salah pun nak bergaya di dalam rumah, harap nanti kalau ada yang mencuba tu jangan lupa tag saya,” ujarnya.

Aishah baru sahaja menamatkan pengajiannya dan kini menolong ibunya Zaleha Muhammad, 54, menjual sambal goreng secara dalam talian.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain