TIADA amalan dua darjat atau 'double standard' dalam melaksanakan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.
Demikian penegasan yang disuarakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata tiada pihak yang akan terlepas daripada undang-undang termasuk menteri atau orang kenamaan yang turut disebut sebagai golongan kayangan, sekiranya melakukan pelanggaran SOP.
ARTIKEL BERKAITAN: Kayangan vs marhaen... sedih layanan 2 darjat, ini coretan khas doktor buat golongan kayangan yang tak segan silu langgar SOP - “Merasalah jadi manusia biasa”
"Dasar kerajaan kita tidak ada 'double standard', kalau mereka langgar, maka mereka tidak akan terlepas.
"Itu fakta dari segi undang-undang," katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud amalan dua darjat dalam penguatkuasaan undang-undang pematuhan SOP Covid-19 di negara ini.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, adalah menjadi tanggungjawab seluruh rakyat untuk mematuhi SOP ditetapkan dalam mengekang penularan Covid-19.
Jelasnya, rakyat juga diseru untuk melakukan kawalan kendiri bagi mengelak daripada dikenakan hukuman.
Muhyiddin meluangkan masa selama sejam dalam program Bicara Khas bertajuk Cabaran Pandemik Covid-19: Eksklusif Bersama Perdana Menteri yang disiar secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada malam Ahad. - SINAR HARIAN
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!