KISAH penderitaan penduduk Palestin yang diserang rejim zionis Israel ternyata mengundang simpati ramai. Tidak terkecuali tentunya pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang turut berangkat ke sana untuk membawa misi kemanusiaan. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam posting Facebook pada Khamis pagi, Ebit mendedahkan dia sudah tiba ke Mesir dan akan meneruskan misinya ke Gaza selepas ini. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew "Syukur pada Allah sebaik sampai ke Mesir disambut baik oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan agensi bukan kerajaan (NGO) United Kingdom (UK) terkenal yang membantu Gaza. "Saya akan menguruskan dan membeli barang perubatan dan segala keperluan yang akan di hantar terus ke Gaza hari ini. "Perlu melalui prosesnya di Mesir untuk melalui sempadan Rafah satu-satunya laluan terus ke Gaza," ujarnya. Kata Ebit lagi, dia terharu dengan sambutan oleh Kedutaan Malaysia di sana yang banyak memudahkan urusannya. Dalam posting sama, Ebit turut menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan dan rakyat negara ini atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepadanya. "Terima kasih atas doa dari semua rakyat Malaysia. Terima kasih Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Wisma Putra yang menyokong dan mempermudahkan semuanya. "Semoga Allah merahmati usaha kita semua demi misi kemanusiaan ini," ujarnya. Pada Rabu, misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit telah mendapat kelulusan perjalanan kerajaan negara ini. Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar. Kamarudin dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima panggilan daripada Ebit Lew pada Selasa bagi memaklumkan misi kemanusiaan itu yang dijadual bermula Selasa hingga 30 Mei. Usaha mStar menghubungi Ebit Lew untuk mendapatkan perkembangan terkini berhubung misi kemanusiaan yang dirancang di Palestin masih belum mendapat maklumbalas. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!