KIRA-kira satu per lima syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) diberikan kelulusan untuk beroperasi semasa tempoh 'total lockdown' dari 1-14 Jun ini. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata 586,308 syarikat telah mendaftar dalam portal Covid-19 Intelligent Management System (CIMS 3.0) dengan gabungan tenaga kerja sebanyak 10.2 juta. Dari jumlah ini, hanya 128,150 syarikat dengan jumlah tenaga kerja 1.57 juta telah diluluskan untuk beroperasi setelah mengambil kira 60 peratus kehadiran fizikal di tempat kerja. ARTIKEL BERKAITAN: Ada perubahan! Polis masih terima surat lama Miti untuk bekerja, tapi sehingga 3 Jun sahaja ARTIKEL BERKAITAN: Semua surat Miti terbatal mulai 1 Jun! Pergerakan terhad 10km dari kediaman, hanya 2 individu dalam satu kereta "Ini satu penurunan yang cukup besar dan mendadak untuk memastikan pergerakan dapat dikawal, bagi menyekat penularan Covid-19," katanya pada sidang media, Khamis. Walaupun syarikat-syarikat ini berdaftar dengan Miti, Azmin berkata kelulusan diberikan oleh kementerian masing-masing yang bertanggungjawab di setiap sektor. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Azmin berkata, terdapat 15 kementerian yang menggunakan CIMS dan setelah kementerian masing-masing meluluskan permohonan untuk beroperasi, syarikat-syarikat terlibat dapat mencetak surat kelulusan. "Miti bukanlah penentu tunggal dalam memutuskan sama ada sesuatu sektor perniagaan dianggap sebagai sektor penting atau sebaliknya," katanya. Pada 31 Mei, Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan bahawa kelulusan bagi syarikat di bawah sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi semasa 'total lockdown' akan diperoleh melalui CIMS 3.0, yang dikoordinasikan oleh Miti. Sepanjang tempoh penutupan dua minggu yang bermula pada 1 Jun, syarikat diminta untuk memohon surat kelulusan baharu agar pekerjanya dapat melakukan perjalanan ke tempat kerja. Ini menyebabkan syarikat mahu mendapatkan surat kelulusan dengan segera, termasuk kekeliruan sama ada mereka dikategorikan antara 17 sektor perkhidmatan penting yang dibenarkan beroperasi semasa penutupan. - The Star Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!