suria

 “Ustaz Ebit ada di hotel, tunggu peluang untuk masuk” - Rakyat Malaysia di Gaza

Ustaz Ebit Lew kini sedang dalam misi memberi bantuan kemanusiaan di Gaza.

PENDAKWAH terkenal ustaz Ebit Lew serta pasukannya yang kini sedang dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza, Palestin didakwa berada di sebuah hotel di Kaherah, ibu negara Mesir.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman kepada mStar ketika dihubungi awal pagi tadi.

"UEL (Ustaz Ebit Lew) dan team ada di hotel di Cairo, menunggu peluang untuk masuk atau sekurang-kurangnya barang sumbangan mereka dibenarkan masuk," jawabnya yang telah menetap di Gaza selama sembilan tahun sejak 2013.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia” - Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat, kongsi pengalaman pernah 36 kali cuba masuk Gaza tapi tak lepas

ARTIKEL BERKAITAN: Apa cerita Ebit Lew bersama 2 treler barang? Rakyat Malaysia di Gaza terima info tiada pergerakan masuk, doa urusan dipermudah - “Kalau tak dapat masuk, harap bantuan sampai”

Sementara itu Aktivis Palestin Hamza Deirawi pula memberitahu mStar bahawa sumbernya daripada Kementerian Dalam Negeri di Gaza memaklumkan bahawa Ebit masih belum melintasi sempadan dan masuk ke Gaza.

"Saya sudah bertanyakan kepada sumber saya di Kementerian Dalam Negeri di Gaza dan saya dimaklumkan bahawa nama terbabit (Ebit Lew) masih belum memasuki Gaza.

"Dia mungkin masih lagi di Mesir," katanya.

UEL (Ustaz Ebit Lew) dan team ada di hotel di Cairo, menunggu peluang untuk masuk atau sekurang-kurangnya barang sumbangan mereka dibenarkan masuk.

MUHAMMAD NADIR AL-NURI KAMARULZAMAN

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM)

Menurut Hamza kementerian berkenaan bertanggungjawab serta mempunyai maklumat setiap individu yang ingin masuk ke Gaza.



Maklumat diterima aktivis Palestin Hamza Deirawi mendakwa Ebit masih belum tiba di Gaza.

Spekulasi mengenai kehilangan ustaz kesayangan ramai itu mula timbul apabila akaun Facebook pendakwah itu didapati tidak lagi dikemas kini sejak 27 Mei lalu.

"Syukur pada Allah. Saya beli barang keperluan asas dan ubat-ubatan 2 treler besar dan beberapa lori untuk dihantar terus ke hospital-hospital Gaza hari ini (27 Mei).

"Saya bekerjasama dengan Egypt Red Crescent dan Palestin Red Crescent.

"Terima kasih semua yang bersama misi ini. Demi rasa kekeluargaan. Menangis masa berdoa bersama tadi. Tak senang urusan ini tetapi dimudahkan oleh Allah," tulisnya dalam posting terakhir.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia turut berterima kasih kepada Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Wisma Putra yang turut membantu sepanjang misi.



Ebit telah membeli barangan keperluan asas dan ubat-ubatan sebanyak dua treler dan beberapa lori untuk dihantar ke Gaza.

Ebit hari ini (Sabtu) bagaimanapun memuat naik sekeping gambarnya serta meminta masyarakat di Malaysia supaya mendoakannya.

"Doakan yer. Alhamdullilah semua dalam keadaan baik.. Semoga menjadi asbab kebaikan," tulisnya.

Menerusi satu posting di media sosial pada Sabtu, Ebit menggambarkan dirinya berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar semalam ketika dihubungi memberitahu pihak mereka kini sedang cuba untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ebit dan misi bantuan kemanusiaannya.

"Kita akan semak," jawabnya kepada mStar.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ebit Lew, UEL, misi kemanusiaan, Gaza, Palestin

Artikel Lain