suria

Kerajaan kaji kemungkinan longgarkan SOP jika jangkitan Covid-19 turun bawah 4,000 kes

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan 'exit plan' bagi penguatkuasaan 'lockdown' di seluruh negara. fotoBERNAMA (2021).

KERAJAAN sedang mengkaji kemungkinan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) jika jangkitan harian Covid-19 turun menjadi 4, 000 kes atau lebih rendah lagi.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu bagaimanapun tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

ARTIKEL BERKAITAN: Jangkitan harian menurun, Malaysia catat 5, 304 kes baharu Covid-19

Tambah beliau, kerajaan akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan 'exit plan' bagi 'lockdown' yang kini sedang dilaksanakan di seluruh negara.

"Ini tidak bermaksud berakhirnya larangan tetapi mungkin mengkaji peraturan yang dapat dilonggarkan sedikit.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini kerana kesannya hanya akan dapat dilihat setelah 14 hari kerana itu adalah tempoh inkubasi virus.

"Kami berdoa setelah 14 hari kes-kes itu menurun. Kita boleh mengkaji semula SOP yang kita anggap agak ketat, tetapi saya tidak dapat berjanji kerana ia bergantung pada nasihat KKM, ” katanya pada Ahad.

"Sekiranya kita dapat mencapai sasaran, saya percaya kita dapat perlahan-lahan meredakan sekatan," katanya. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain