PERDANA Menteri mengumumkan Pelan Pemulihan Negara iaitu strategi peralihan keluar secara berfasa dari pandemik Covd-19.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pelan dengan empat fasa itu dirangka secara berdasarkan data dan sains untuk membolehkan masyarakat kembali kepada kehidupan harian biasa.
Fasa 1
- Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setelah purata kes harian COVID-19 menurun di bawah 4, 000 kes.
ARTIKEL BERKAITAN: PM tak mahu ada pihak sengaja cetuskan keresahan rakyat, komited adakan sidang Parlimen dengan SOP ketat
- Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
- 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.
Fasa 2
- Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80 peratus di premis.
- Hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.
- Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor.
- Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.
Fasa 3
- Semua aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang berisiko tinggi untuk jangkitan Covid-19 yang masih ditutup.
- Boleh beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold seperti purata kes harian Covid19 menurun ke paras bawah 2, 000 kes.
- Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi.
- 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
- Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.
- Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi.
- Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80 peratus seperti Fasa Kedua.
- Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat.
- Semua aktiviti pembuatan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada SOP dan had kapasiti.
Fasa 4
- Purata kes harian Covid-19 menurun ke paras bawah 500 kes.
- Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi.
- 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
- Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.
- Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian.
- Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.
Kesemua SOP bagi fasa-fasa itu akan diperincikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan diumumkan dalam masa terdekat.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!