suria

Rebutlah peluang tawaran hebat untuk memiliki kediaman luas, selesa yang dilengkapi fasiliti moden melalui Skim Kempen Pemilikan Rumah (HOC2)

TENANG, jauh dari kesibukan kota dan lokasinya yang strategik di dalam kawasan sub-bandar Bayan Lepas, berdiri megah Emerald Residence, sebuah kondominium yang telah memperolehi Sijil Layak Menduduki (OC), kini sedia untuk didiami.

Terletak tidak jauh dari pekan Teluk Kumbar, projek yang berkepadatan rendah dengan hanya 411 unit, kediaman ini dibina di atas tanah seluas 4.37 ekar.

Emerald Residence dilengkapi dengan pelbagai kemudahan kondominium.

Kondominium tersebut terdiri daripada tiga blok yang berasingan dengan 137 unit kediaman bagi setiap blok.

Menariknya hanya ada enam unit kediaman di setiap tingkat bagi menjamin privasi dan keselesaan penghuninya.

Setiap unit kediaman itu direka dengan pelan susun atur pada keluasan 1, 114 kaki persegi hingga 1, 183 kaki persegi.

Lebih praktikal dan mengutamakan fungsi, setiap unit menampilkan reka bentuk menarik dengan konsep terbuka yang memaksimumkan ruang dan mengoptimumkan keselesaan penghuni.

Pembangunan pegangan bebas itu dilengkapi kemudahan kondominium yang komprehensif serta akses lif yang berasingan bagi setiap blok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Setiap unit turut disertakan dua unit parkir yang bersebelahan di antara satu sama lain.

Di tingkat 4 kondominium tersebut pula menempatkan pelbagai kemudahan seperti kolam renang infiniti, dewan serbaguna, surau, “mail room”, gimnasium serta kawasan rekreasi bagi kemudahan penghuninya.

Malah Emerald Residence turut dilengkapi dengan kabel gentian optik bagi penyambungan internet yang lebih pantas di mana ianya merupakan antara keperluan yang penting bagi setiap pembangunan moden hari ini.

Ruang bilik tidur yang luas untuk memberi keselesaan kepada penghuni.

Pengarah Property Talk Sdn. Bhd. iaitu Agensi Hartanah Eksklusif yang dilantik oleh pihak TPPT Sdn. Bhd, Steven Cheah berkata, kebanyakan pembeli mencari pembangunan kediaman yang berkepadatan rendah dengan ruang komuniti yang luas dan Emerald Residence merupakan pilihan yang tepat.

"Mulai sekarang hingga 31 Disember 2021, pembeli dapat menikmati potongan diskaun sebanyak 10% di bawah Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2. Harga jualan selepas diskaun 10% bermula dari RM472, 000 iaitu RM423 untuk setiap kaki persegi.

"Insentif lain di dalam kempen ini termasuklah pengecualian duti setem ke atas perjanjian pinjaman surat cara pindah milik pembelian serta pengecualian kos harga guaman untuk perjanjian jual beli dan pinjaman.

Konsep ruang terbuka bagi memaksimumkan keselesaan dan suasana lebih santai.

Jelas Steven lagi, pihak pemaju turut menawarkan penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan baucar percuma yang bernilai RM5, 000 bagi setiap pembeli.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membeli dengan potongan diskaun yang menarik serta banyak insentif lain yang biasanya tidak ditawarkan pada waktu sebelumnya," katanya.

Emerald Residence merupakan projek kondominium kedua di Teluk Kumbar Heights, menerusi pembangunan bercampur di atas tanah yang berkeluasan 70 ekar yang merangkumi rumah teres, banglo, kondominium, ruang pejabat dan niaga, tapak sekolah, pangsapuri sederhana dan kos rendah.

Permintaan untuk hartanah di sini semakin meningkat berikutan projek menaik taraf Jalan Persekutuan baru bernilai RM207.7 juta yang menghubungkan Teluk Kumbar ke Bayan Lepas telah siap sepenuhnya.

Bukan itu sahaja, tempoh perjalanan dari Teluk Kumbar ke Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas dan Jambatan Kedua Pulau Pinang juga lebih singkat melalui jejambat baru dan jalan yang telah dinaiktaraf itu.

Pemandangan menarik dan menenangkan di setiap unit kediaman.

Menurut Steven, kebanyakan pembeli Emerald Residence bekerja di Kawasan Perindustrian Bebas Bayan Lepas.

Sebelum ini mereka menetap di kawasan pinggir bandar yang berhampiran seperti Sungai Ara dan Bayan Baru tetapi berpindah ke sini kerana kelancaran sistem aliran trafik terutamanya pada waktu puncak.

Penduduk sedia ada di Teluk Kumbar Heights turut mengakui bahawa ekoran dari penaikan taraf infrastruktur ini penjimatan masa perjalanan untuk pergi bekerja dan ke sekolah melalui jejambat baru ini amat membantu dan telah memberi banyak manfaat kepada penduduk di daerah Barat Daya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Emerald Residence, sila layari laman web http://www.propertytalk.com.my atau hubungi talian 04-6491221, 012-5504001, 016-4147056 atau 012-3467339.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain