INDAH Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd kekal komited untuk bersama kerajaan dalam usaha mengeluarkan negara daripada kemelut pandemik Covid-19.Ini termasuk memastikan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam operasi harian syarikat diperketatkan serta kakitangannya mendaftar bagi mendapatkan vaksin. Pengerusi IWK Ahmad Johnie Zawawi dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyambut baik Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan perdana menteri dan sebagai salah sebuah syarikat yang tersenarai dalam perkhidmatan penting negara, IWK tekad untuk memberi perkhidmatan pembetung yang cekap kepada lebih 25 juta penduduk di Malaysia. "Biarpun kapasiti pekerja dikurangkan kepada 30 peratus dengan jadual kerja penggiliran bagi yang bekerja di pejabat dan di rumah, operasi dan penyelenggaraan loji serta aduan pelanggan yang diterima, terus kami laksanakan dengan cekap dan mencapai penanda aras operasi yang ditetapkan pihak berkuasa. "Bagi pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan di loji, mereka perlu bekerja seperti biasa kerana operasi loji terus bergerak tanpa henti tanpa mengira apa juga kekangan dan cabaran yang dihadapi," katanya.ARTIKEL BERKAITAN : IWK bersama KASA bangunkan inisiatif air pulih guna sebagai sumber alternatif air negaraARTIKEL BERKAITAN : Jumpa doktor sebab sakit perut, tapi disaran jumpa pakar sakit jiwa! Lelaki ini kongsi realiti penyakit anxiety, serangan panik - “Hari-hari nak pergi hospital...” Ahmad Johnie berkata syarikat turut mengambil langkah pro-aktif dengan memperkenalkan talian hotline bagi setiap cawangan pejabatnya di setiap negeri bagi memudahkan orang awam menghubungi IWK terutama ketika pelaksanaan setiap PKP. "Syarikat pembetungan ini sentiasa mempromosikan amalan penggunaan urusan dalam talian baik bagi pelanggan membuat bayaran bil atau aduan, serta urusan pensijilan serta perolehan, melalui aplikasi mudah alih IWK dan laman web rasminya," katanya lagi. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam berkata, Pelan Pemulihan Negara yang melalui empat fasa pemulihan membantu dalam perancangan perniagaan syarikat khususnya apabila aktiviti ekonomi mula dibuka secara berperingkat. "Pembukaan aktiviti ekonomi secara berperingkat ini dapat memastikan pelanggan IWK daripada sektor komersial dibuka dan kami akan pastikan, kakitangan IWK bersedia berkhidmat memastikan sistem kumbahan di premis komersial tidak terganggu dan berjalan seperti biasa," kata Narendran. IWK menyediakan talian hotline bagi setiap cawangannya di setiap negeri bagi kemudahan orang awam membuat laporan. IWK turut memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membantu memastikan aspirasi pembangunan negara dapat dilaksanakan secara mampan terutama dalam usaha pemuliharaan ekosistem alam sekitar. "Ini termasuk, pembangunan perniagaan Air Pulih Guna bagi tujuan industri bukan makanan iaitu dengan membolehkan pengilang mendapat sumber air alternatif. "Dengan sokongan daripada Kementerian Alam Sekitar dan Air dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), IWK akan menggerakkan inisiatif ini bersama pemain industri lain terutama operator air negeri. "Jumlah pelaburan bagi inisiatif ini akan melalui beberapa fasa pembangunan dan sebagai permulaan akan merangkumi kira-kira RM20 juta pada fasa pertama mulai tahun ini dan dijangka fasa seterusnya dalam tempoh 5 tahun adalah sebanyak RM600 juta," kata Narendran. IWK memperkenalkan beberapa inisiatif untuk membantu memastikan aspirasi pembangunan negara dapat dilaksanakan secara mampan terutama dalam usaha pemuliharaan ekosistem alam sekitar. Narendran berkata pembangunan perniagaan bukan teras IWK seperti pembinaan menara telekomunikasi di loji-loji rawatan kumbahan serta pembinaan panel solar, serta projek bio-pepejal dan bio-gas, juga dijangka dapat menghasilkan peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan. Selaras dengan peraturan perkhidmatan nyahenap cemar secara berjadual, IWK kini sedang dalam proses untuk bekerjasama dengan sejumlah 67 syarikat pemegang Permit-E SPAN yang juga merupakan syarikat tempatan. "Malah, projek penambahbaikan loji rawatan kumbahan kepada Para 1 mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 dan penambahbaikan aset-aset yang berisiko, melalui dana Kumpulan Wang Sumbangan Modal Pembetungan (KWSMP) SPAN, dapat membuka peluang perniagaan kepada kontraktor tempatan dan semua projek ini sedang dijalankan sehingga tahun hadapan. "Melalui program pembangunan vendor ini, IWK yakin dapat membuka lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat tempatan untuk bersama berusaha memelihara alam sekitar, di samping memulihkan negara sebagaimana yang direncanakan kerajaan," kata Narendran. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!