suria

Demi yang tersayang, macam-macam barang dihantar ke pusat kuarantin... periuk nasi pun ada!

Item paling popular yang dihantar ke pusat setiap hari adalah makanan. Foto: CHAN BOON KAI/The Star

PERIUK nasi, ketuhar dan pengering rambut merupakan barang-barang yang dihantar oleh ahli keluarga buat individu dalam pengawasan (PUS) yang ditempatkan di pusat kuarantin.

Bukan itu sahaja, malah banyak lagi barang dan kelengkapan lain turut dihantar untuk keselesaan insan yang tersayang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tugas buat macam biasa, azan tetap dilaungkan” - AJK masjid, surau ibarat frontliners tak didendang... harap dapat keutamaan vaksin

"Kita terpaksa menolak barang-barang ini kerana ia terlalu besar untuk dibawa ke tingkat atas," kata anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Rozihan Razni Abdul Rahim, 32.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selain itu, ia boleh menyebabkan penggunaan tenaga eletrik yang banyak, jelasnya.

Tetapi secara umum, dia berkata pihaknya akan menerima bungkusan yang dihantar kepada PUS sepanjang masa untuk membuat mereka berasa selesa sepanjang dikuarantin.

Item paling popular yang dihantar ke pusat setiap hari adalah makanan.

"Penghantaran mesti dilakukan antara jam 2 petang dan 4 petang," katanya.

Dia berkata, mereka akan memakai peralatan pelindung diri untuk menghantar bungkusan itu.

Rohizan, yang merupakan penolong penyelia pusat karantin di sebuah hotel di Tanjung Bungah, Pulau Pinang berkata, dia "melihat semuanya" sejak pusat itu dibuka pada bulan Julai tahun lalu.

“Beer, rokok, komputer. Ini adalah beberapa barang yang kami terima daripada perkhidmatan penghantaran dan ahli keluarga PUS," ujarnya.

Ada juga kes ahli keluarga menghantar alkohol yang dibungkus dalam kotak susu dan teh hijau.

"Namun, jika bungkusan itu pecah, kami biasanya memeriksa barang tersebut sebagai sebahagian prosedur," tambahnya.

Mereka yang tinggal di pusat itu sedar bahawa alkohol dan makanan tertentu (tidak halal) adalah dilarang.

Peraturan tersebut dinyatakan semasa mereka menandatangani borang deklarasi sebelum mereka masuk ke pusat.

Namun, Rozihan berkata mereka tidak akan membuang barang-barang yang dilarang itu tetapi mengembalikannya kepada pemiliknya ketika mereka meninggalkan pusat tersebut.

Rozihan berkata, mereka juga akan menghubungi mereka yang berada di dalam bilik untuk meredakan tekanan mereka selama mereka menginap.

Hotel itu merupakan salah satu daripada dua pusat karantin wajib di negeri ini bagi mereka yang pulang dari luar negara semasa wabak tersebut. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain