AKTIVIS dan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah bersama sekumpulan peguam menghulurkan tangan untuk membantu dua gadis yang didenda ketika keluar untuk menyiapkan tugasan universiti. Bercakap kepada mStar, Chin berkata mereka telah membantu beberapa individu untuk sekurang-kurangnya mendapatkan pengurangan bagi saman yang telah dikeluarkan untuk kesalahan melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan. "Kami pernah bantu beberapa kes yang mana pelajar disaman atau situasi yang seakan sama seperti ini jadi peguam kami ingin membantu mereka untuk sekurang-kurangnya mendapatkan pengurangan bagi saman tersebut. "Ada tempoh rayuan, peguam kami boleh bantu tulis surat untuk mereka hantar kepada Jabatan Kesihatan bagi memohon pengurangan," katanya. ARTIKLE BERKAITAN: Salah faham SOP, dua sahabat keluar buat assignment terpaksa korek tabung bayar kompaun... tapi masih tak cukup, cuma ada RM200 saja! ARTIKLE BERKAITAN: Remaja ini tak sangka dapat tatap gambar ibu kandung ‘hadiah’ cemerlang SPM - “Mak ayah sedih, takut saya tinggalkan mereka” Semalam mStar melaporkan mengenai Natasha Zulaikha, 21 dan rakannya Nur Sabrina, 21 dikompaun ketika mereka keluar merakam video tugasan universiti Sabrina. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Natasha kedua-dua mereka dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 seorang, namun disebabkan Sabrina masih belajar kompaun tersebut dikurangkan kepada RM500, bagaimanapun dia hanya diberi pengurangan sebanyak 50 peratus. Natasha (kanan) dan Sabrina dikenakan kompoun RM2,000 setiap seorang. Kata Natasha lagi, mereka berdua terpaksa mengorek tabung masing-masing, termasuk mengira duit syiling yang telah mereka kumpul demi membayar kompaun tersebut yang perlu dijelaskan sebelum 26 Jun ini. Sementara itu, Natasha ketika dimaklumkan mengenai tawaran tersebut melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas pertolongan peguam berkenaan. Video perkongsian Natasha tular di laman TikTok. Sementara itu, Chin berpendapat terdapat sesetengah kes yang mana pihak berkuasa sewajarnya memberi amaran terlebih dahulu dan tidak terus mengeluarkan saman. "Pada saya sesetengah insiden boleh dilepaskan dengan hanya memberi amaran dan bukannya saman. "Kalau dia keluar untuk menyiapkan tugasannya, beri amaran, tak perlu nak bagi saman, kita perlu bertimbang rasa. "Mereka sampai terpaksa pecahkan tabung untuk bayar saman dan pada saya rasa ini tidak patut," katanya. Aktivis dan Ahli Parlimen Petaling Jaya ini menghubungi pihak mStar bagi menyampaikan mesej kepada dua orang gadis terbabit. Menurut Chin, sebelum ini mereka pernah membantu beberapa lagi individu lain termasuk pemilik sebuah restauran yang didenda RM25,000 kerana memainkan muzik terlalu kuat dan peniaga burger di Kelantan yang disaman RM50,000 kerana meniaga selepas waktu dibenarkan. "Kami menyediakan servis ini sejak bermulanya PKP, peguam-peguam ini bergabung bila mereka melihat situasi yang tak masuk akal ini jadi mereka membantu golongan di daerah Petaling Jaya khususnya, tapi kami juga sudah mula membantu mereka di Klang serta kawasan lain juga," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! ends View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)