suria

Hampir 7, 000! Jangkitan baharu 6, 988, Selangor dahului jumlah kes harian tertinggi

Malaysia merekodkan 6, 988 kes baharu positif Covid-19.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 6, 988 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Khamis, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 758, 967 kes.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 65, 453 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 6, 988 kes baharu yang dilaporkan, 6, 983 kes merupakan penularan tempatan dan baki lima kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 6, 276 kes baharu Covid-19, Selangor rekod jangkitan harian hampir 3, 000!

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2, 885 kes, diikuti Kuala Lumpur (988), Negeri Sembilan (692), Sarawak (544) dan Melaka (311).

Perlis pula merekodkan satu kes pada hari ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 84 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 5, 254 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Khamis.

Beliau berkata, sebanyak 5, 580 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Khamis dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 688, 260 kes.

"Sehingga kini, terdapat 917 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 445 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Covid-19, KKM, Selangor

Artikel Lain