suria

Covid-19: Kerajaan kaji data, usulkan kelonggaran SOP bagi negeri catat kes rendah

Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya akan melakukan kajian sebelum membuat usul kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi Jawatankuasa Teknikal MKN. Foto: Bernama

BEBERAPA negeri yang mencatatkan angka kes Covid-19 rendah sedang dipertimbangkan untuk diberikan beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pihaknya akan melakukan kajian bagi menentukan negeri yang akan diusulkan sebelum cadangan itu dikemukakan kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui Jawatankuasa Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Kasihan kepada negeri-negeri lain seperti Perlis yang mencapai tahap boleh buka perniagaan, tetapi disebabkan angka (kes Covid-19) nasional tidak dapat diturunkan yang datang dari Selangor menyebabkan kita satu negara bermasalah.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi mega tak patuh SOP di seluruh negara... helikopter, dron pantau hotspot

"Sebab itu hari ini, kita mengadakan operasi pematuhan secara besar-besaran untuk mengkaji semula semua angka serta data (operasi) di seluruh negara nanti dan InsyaAllah esok saya akan umumkan," katanya.

Beliau terdahulu melakukan pemeriksaan di sebuah kilang pembuatan keluli di Taman Perindustrian Subang, Subang Jaya pada Jumaat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hamzah menambah, tindakan tersebut adalah bagi memberikan kelegaan kepada penduduk di negeri terbabit.

"Tindakan ini membolehkan (penduduk) negeri-negeri yang kita rasakan boleh diberikan kebebasan merasa lega.

"Ini kerana angka nasional (Covid-19) kebanyakan direkodkan di Selangor menyebabkan ramai rakyat rasa terhimpit dan terganggu dengan masalah ketika ini," katanya. - SINAR HARIAN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain