suria

Sidang DUN Selangor akan dimulakan pada 23 Ogos - Amirudin

Menurut Amirudin, sidang DUN kali akan mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan dan bukannya sekadar sidang khas.

PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan bermula pada 23 Ogos sehingga 6 September depan.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa kerajaan gagal... Umno serta merta tamatkan sokongan terhadap Muhyiddin

Menurut Amirudin, beliau telah menerima warkah yang diutus Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memberi perkenan untuk memulakan persidangan itu.

Jelas beliau, ia selaras dengan peruntukan yang termaktub di dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sidang DUN akan berlangsung selama lapan hari bermula 24 Ogos sehingga 27 Ogos, 30 Ogos, 1 September sehingga 3 September dan 6 September, " ujar Amirudin.

Tambah beliau, sidang DUN kali akan mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan dan bukannya sekadar sidang khas.

Menurut Amirudin lagi, ia juga akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Covid-19. - The Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain