DIKEMASKINI KES baharu positif Covid-19 sekali lagi melepasi angka 9, 000 apabila merekodkan sebanyak 9, 353 kes pada Sabtu. Jumlah ini sekaligus menjadi angka tertinggi berbanding kes yang pernah direkodkan sebelum ini iaitu 9, 180 kes pada Jumaat (9 Julai), dan 9, 020 kes yang direkodkan pada 29 Mei. Perkembangan terkini itu menjadikan kes keseluruhan berjumlah 827, 191 kes. ARTIKEL BERKAITAN: Lepasi angka 9, 000! Malaysia catat 9, 180 kes baharu Covid-19 Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 84, 021 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan. Daripada 9, 353 kes baharu yang dilaporkan, 9, 342 kes merupakan penularan tempatan manakala 11 kes adalah jangkitan luar negara. Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 4, 277 kes, diikuti Kuala Lumpur (1, 398), Melaka (835) dan Negeri Sembilan (638). Perlis pula merekodkan empat kes pada hari ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 87 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini. "Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6, 067 kes, " katanya dalam satu kenyataan pada petang Sabtu. Beliau berkata, sebanyak 5, 910 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 737, 103 kes. "Sehingga kini, terdapat 959 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 451 kes memerlukan bantuan pernafasan, " katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!