suria

Foto Azmin Ali di Hagia Sophia jadi bualan, pemandu pelancong Turki mohon maaf salah beri info ‘bawa famili’ - “Ia adalah delegasi Miti”

Foto Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berada di Turki tular di media sosial.

BANGUNAN ikonik Turki, Hagia Sophia menjadi antara destinasi wajib bagi sesiapa yang berkunjung ke negara itu.

Terbaharu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut dilihat bergambar di lokasi popular itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dari gereja, masjid, muzium, kini Hagia Sophia bertukar status jadi masjid semula... laungan azan pertama disiarkan semua saluran berita utama Turki!

Menerusi posting Instagram Turkey Local Guides, (KEMAS KINI: posting telah dipadam) Azmin dilihat merakam foto dengan seorang lelaki, dipercayai pemilik media sosial berkenaan.

Jika disoroti keterangan pada Intagram, lelaki yang bergambar dengan Azmin itu menggelarkan dirinya sebaga Necdet, yang juga pemandu pelancong berlesen sejak tahun 2008.

"Ia merupakan satu penghormatan untuk membawa Mr Muhammed Azmin Ali (Menteri Kanan Malaysia).

"Dia sanggup dan bersabar (meluangkan masa) mendengar kisah-kisah mengenai Hagia Sophia, " ujar pengendali Instagram itu.

ig

Perkongsian menerusi Instagram Turkey Local Guides.

Dalam posting sama, pengendali Instagram Turkey Local Guides turut memohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi sebelum ini menerusi kapsyen asal posting berkenaan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, ruangan komen pada posting itu turut ditutup.

"Maaf kepada semua rakyat Malaysia. Saya membuat kesilapan berkongsi informasi salah.

"Ia merupakan delegasi rasmi MITI. Kunjungan ini sebahagian program yang dianjurkan oleh kerajaan Turki.

WhatsApp Image 2021-07-12 at 9.11.58 PM (1)

Posting asal.

"Kami dibawa ke sana untuk solat Asar, " ujarnya.

Dalam pada itu, semakan mStar di laman Twitter mendapati ramai netizen mengecam lawatan itu.

Untuk rekod, Azmi berada di Eropah untuk lawatan rasmi dan sebelum ini berada di Austria untuk bertemu dengan Menteri Persekutuan bagi Hal Ehwal Digital dan Ekonomi Austria, Dr Margarete Schramböck.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain