suria

PM: Pertimbang kelonggaran pergerakan individu lengkap 2 dos vaksin Covid-19

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada individu yang sudah menerima suntikan lengkap vaksin Covid-19. Gambar hiasan

KERAJAAN sedang mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran terhadap sekatan pergerakan bagi individu yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini termasuklah kelonggaran dari segi perjalanan dan juga makan di restoran.

Perdana Menteri berkata langkah tersebut adalah sebahagian daripada rancangan pemulihan bagi membolehkan rakyat menjalani kehidupan seperti biasa secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 16 juta dos vaksin bakal diterima, pendaftaran automatik antara komitmen kerajaan pastikan PICK berjaya - PM

"Saya meminta jawatankuasa pengurusan untuk menilai semula bagi mereka yang mendapat dua suntikan vaksin supaya diberi kelonggaran.

"Ia sama ada dari segi perjalanan atau pun pergi ke kedai dan makan di restoran. Ini petanda untuk menunjukkan sementara kita menguruskan COVID-19, maka kehidupan rakyat sedikit demi sedikit akan kembali seperti masa lepas.

"Dalam pada semasa kita berperang dengan Covid-19, kita secara beransur-ansur kembali ke kehidupan normal,"katanya.

"Pelan Pemulihan Negara akan berlangsung hingga akhir tahun, jadi mari kita bersabar. Yakinlah bahawa kita boleh menang dalam menghadapi peperangan ini," katanya selepas meninjau persiapan program Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di Putrajaya pada Khamis.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata program imunisasi adalah adalah harapan ketika negara mendepani pandemik Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kita berjaya mencapai lebih daripada 421,000 suntikan dos dalam sehari. Sekarang, tumpuan kita adalah Lembah Klang. Melalui langkah-langkah yang disasarkan, maka maka kes Covid-19 dapat kita uruskan dengan baik.

"Yang juga agak baik ialah kerana vaksinasi mengikut jadual dan kita harap dalam tempoh bulan ini atau bulan depan, pembekalan vaksin akan meningkat dan bertambah.

"Sasaran imuniti kelompok yang kita unjurkan dalam PPN iaitu sebelum akhir tahun, insya-Allah dicapai," katanya. - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain