suria

Ibu dan anak perempuan sedang jalani kuarantin maut dipercayai terjun bangunan

Kedua-dua mangsa ditemui maut di luar sebuah bangunan di Taman Tenaga, Salak Selatan, pada Sabtu. Gambar hiasan

SEORANG wanita warga India dan anak perempuannya yang berusia lima tahun ditemui mati di kawasan luar sebuah bangunan di Taman Tenaga, Salak Selatan, pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Annas Sulaiman berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6 petang.

Mangsa yang berusia 38 tahun dipercayai terjun dari bangunan.

"Kedua-dua mangsa memakai gelang berwarna merah jambu dan siasatan menunjukkan bahawa suami wanita itu menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Maeps, Serdang setelah didapati positif Covid-19," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tidak ada unsur jenayah, katanya.

"Kami masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini," kata Annas.

Bagi mereka yang mengalami masalah boleh menghubungi: Perkhidmatan Sokongan Psikososial Kesihatan Mental (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999 atau WhatsApp 019-261 5999); Pusat Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masyarakat Jakim (WhatsApp 0111-959 8214); dan Befrienders Kuala Lumpur (03-7627 2929 atau www.befrienders.org.my/centre-in-malaysia). - THE STAR

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain