suria

Boleh rentas negeri, tapi biar bersyarat... Pakar beri amaran risiko jika tiada had ditetapkan

Kerajaan dilapor mempertimbangkan memberi kelonggaran kepada individu lengkap dos vaksin Covid-19.

KELONGGARAN untuk merentas negeri bagi individu yang melengkapkan dua dos lengkap vaksin Covid-19 perlu mempunyai mekanisme atau syarat tertentu, demikian cadang pakar kesihatan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam Universiti Malaya (UM), Dr Marzuki Isahak berkata, perkara itu penting bagi memastikan individu yang telah divaksin itu tidak menjangkiti individu lain yang belum divaksin.

Menurut beliau, aktiviti tertentu perlu terhad dalam kalangan individu yang telah menerima suntikan dua dos vaksin sahaja, selain tidak membabitkan individu yang masih belum divaksin.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah setahun tak balik kampung, 2 kali raya tak bertemu... terlalui berharga sampaikan airmata jantan tumpah saat buka kiriman ibu

ARTIKEL BERKAITAN: Indahnya hidup di kampung! Lelaki ini buat ramai teruja selepas kongsi video anak babi hutan berbelang - “Tak pelik, kami dah selalu jumpa”

Ini kerananya, jelasnya, sekiranya kedua-dua individu yang telah selesai menerima dua dos vaksin bertemu, risiko jangkitan masih ada tetapi hanya membabitkan gejala ringan.

“Jika dia berjumpa dengan orang yang belum divaksin, perkara itu adalah berbahaya dan akan menyebabkan tersebarnya penyakit. Orang yang tidak divaksin ini, walaupun risiko untuk mendapat jangkitan adalah rendah dan kurang tetapi peluang untuk dia dijangkiti orang lain itu masih ada.

“Kalau rentas negeri dan dia berjumpa dengan orang tua yang masih belum divaksin lagi, risiko untuk dia menjangkiti orang yang belum divaksin itu masih ada juga,” katanya kepada The Star.

Mengulas lanjut, Dr Marzuki berkata, jika individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka di tempat awam dan makan bersama dengan individu yang telah divaksin sahaja, maka kes baharu tidak akan meningkat di negeri yang dikunjungi individu berkenaan.

“Tetapi, kita kena tengok kelonggaran dari segi macam mana, walaupun orang itu telah divaksin namun kemungkinan untuk dapat jangkitan adalah rendah,” jelasnya.

Beliau mengulas tentang kemungkinan kerajaan membenarkan rentas negeri bagi mereka yang telah melengkapkan dua dos vaksin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kelonggaran kepada individu lengkap dos vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara selewat-lewatnya pada minggu ini.

Kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka.

Muhyiddin dilaporkan berkata, kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli-belah atau sekurang-kurangnya rentas daerah.

Menurut beliau, langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) nanti.

Artikel Lain