suria

“Beri respons, balas WhatsApp kita bagi senarai lengkap” - Sebut harga pek makanan didakwa mahal... Nadir cabar pihak boleh dapat harga lebih murah, barang kualiti

Nadir menjawab persoalan berhubung pek makanan NGO Cinta Gaza yang berharga AS$40 yang didakwa mahal dalam sesi townhall pada Sabtu.

KETUA Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman tampil menjelaskan mengenai pek makanan berharga AS$40 untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin yang didakwa mahal berbanding pembekal lain.

Nadir berkata, dalam kertas konsep yang diberikan, sebut harga pek makanan itu diberikan secara ringkas kepada mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) tanpa meletakkan senarai barangan.

"Bila NGO-NGO ini memberi respons kepada kita, membalas WhatsApp, emel dan sebagainya, maka kita akan bagi satu senarai yang lebih lengkap.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Masuk Gaza guna duit sendiri! Ebit Lew jawab setiap persoalan yang ramai nak tahu - "Hati saya terluka dipanggil dajjal, babi!"

"Kita letak pek makanan AS$40 tapi tidak ada senarai barang. Kalau nak tahu senarai barang, balas kepada kami dan kami akan tunjukkan kepada kalian bagaimana kita melaksanakan kerja-kerja kita di bumi Gaza," katanya.

Perkara itu diperjelaskan beliau dalam Sesi Townhall Cinta Gaza Malaysia yang disiarkan secara langsung di Facebook Terkini dan Sensasi Palestin, pada Sabtu.

Nadir mengulas mengenai persoalan mengenai harga pek makanan dalam sebut harganya yang didakwa lebih mahal iaitu AS$40 berbanding dengan sebut harga lain iaitu AS$20 yang jauh lebih murah.

usd

Nadir memperjelaskan mengenai sebut harga pek makanan NGO Cinta Gaza yang didakwa mahal berbanding pembekal lain.

Menurut Nadir, beliau juga menggunakan kaedah mendapatkan makanan dengan harga paling murah dan barang yang berkualiti.

"Bila kita nak buat tender atau senarai pek makanan, kita akan buat satu open tender dan ia dijual dan kita buat iklan di akhbar. Jadi mana-mana syarikat yang nak masuk, mereka boleh join dan bagi harga yang terbaik dan barangan yang terbaik dengan syarat-syarat dalam dan luaran.

"Mereka (syarikat) akan isi harga dan hantar kepada kita... kita punya jawatankuasa di sini akan semak mana yang paling murah, berkualiti. Barulah (jawatankuasa) akan memilih dan memberikan tender kepada syarikat-syarikat," katanya.

Dalam pada itu, Nadir turut memberi contoh mengenai sebut harga harga pek makanan yang diterima daripada beberapa syarikat.

"Quotation harga pertama nilainya adalah lebih kurang AS$40. Ada quotation harga yang lain kita dapat dalam AS$20. Senarai semuanya ada 19 barang.

"Kalau nak yang AS$20, kita bagi (barang-barang) dari senarai dari satu hingga 13. Jadi, adalah sangat tidak adil bila orang kata pek dia lebih murah tanpa dia beritahu apa yang ada dalam pek tersebut.

"Saya berani cabar kepada sesiapa yang boleh dapatkan harga lebih murah dan barang yang lebih baik dalam bumi Gaza itu sendiri untuk buat pek makanan. Kita sedia bekerjasama dengan mereka," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain