PROTES besar-besaran yang dirancang membabitkan kakitangan petugas perubatan kontrak hari ini tetap berlangsung di beberapa lokasi. Menurut laporan media tempatan, antara lokasi yang termasuk adalah Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan pusat kuarantin Covid-19 di Maeps, Serdang. Menerusi siaran langsung yang disiarkan oleh satu portal media tempatan di Maeps menunjukkan ramai kakitangan perubatan turut serta dan mengangkat kad yang tertulis ‘memberontak tapi mengutamakan pesakit’. ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki ini tinggalkan kerja offshore demi jaga ibu sakit di kampung, bermula dengan jual cream puff, rezeki diperoleh selepas itu sukar dipercaya Malah dalam video berkenaan turut menunjukkan seorang individu serba lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) yang tertulis ‘Dr Lau’ dan ‘Hartal Doktor Kontrak’ masih melaksanakan tanggungjawab sebagai petugas kesihatan. Menurut laman sosial Facebook Hartal Doktor Kontrak, ada ugutan diterima dan langsung tidak akan berkecil hati dengan persepsi awam terhadap isu ini. “Apabila kami minta hak kami, terus dilabel pengkhianat, tidak bersyukur, diugut dari segenap penjuru. Kami berdiri dengan kebenaran. Kami berdiri untuk sampaikan mesej. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Mari bersatu. Tunjukkan solidariti. Marilah sebarkan mesej kepada seluruh dunia tentang tanggungjawab kami kepada negara,” katanya. Setakat ini, ia lebih menjurus kepada fasiliti di Lembah Klang dan belum ada sebarang maklumat rasmi dapat diberikan mengenai protes di neger-negeri lain. Sehingga pagi ini, hanya Sarawak yang sudah mengesahkan tiada mogok dilakukan di negeri berkenaan. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!