AHLI Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengemukakan permohonan untuk menukar tempat duduk di Dewan Rakyat. Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li berkata dia tidak mahu berada di kerusinya ketika ini yang ditempatkan bersama wakil rakyat lain yang menyokong kerajaan. "Dengan makluman ini saya mohon mendapat persetujuan dan kerjasama Tuan Yang Dipertua memindahkan tempat duduk saya ke suatu kerusi dalam Dewan Rakyat berhampiran dengan kumpulan (block) Bebas yang tidak menyokong kerajaan sekarang ini. ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li pula positif Covid-19 "Dari awal lagi saya tidak pernah menyokong atau bersama-sama dengan kerajaan yang ditubuh yang mengguna nama kerajaan 'Perikatan Nasional'," katanya dalam surat bertarikh 26 Julai yang ditujukan kepada Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun. Tambah Tengku Razaleigh, bagaimanapun dia tidak mengetahui sama ada ahli Parlimen lain turut membuat keputusan yang sama sepertinya untuk mengubah kedudukan dalam Dewan Rakyat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun ketetapan itu jelas Ku Li, ia adalah bersandarkan dengan semangat perjuangan Umno untuk tidak menyokong kerajaan hari ini. "Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional, Umno terutama sekali pengundi saya, ahli-ahli Umno dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini," katanya. - THE STAR Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!