AHLI Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri bertaraf menteri pada Khamis. Pelantikan Ahmad Faizal yang juga bekas Menteri Besar Perak diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri. Beliau adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Ahmad Faizal akan bertanggungjawab menasihati YAB Perdana Menteri dalam hal ehwal jalinan komuniti, komunikasi masyarakat dan pembangunan sosio-ekonomi. Pelantikan Ahmad Faizal menjadikan ia sebagai lantikan bertaraf menteri selepas Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing sebagai Duta Khas ke China dan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah. Muhyiddin mempunyai seorang Penasihat Khas iaitu Dr Jemilah Mahmood dalam memberi pandangan dan nasihat berhubung kesihatan awam. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!