suria

Sultan Abdullah, Tunku Azizah zahir ucapan takziah atas pemergian Siti Sarah

Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

PEMERGIAN penyanyi Siti Sarah Raisuddin akibat Covid-19 pada Isnin pagi ternyata meruntun hati rakyat di negara ini.

Selain rakyat biasa dan rakan selebriti, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian penyanyi berusia 37 tahun itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham ucap takziah kepada keluarga Siti Sarah dan rakyat Malaysia terkorban akibat Covid-19

"KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Siti Sarah Binti Raissuddin, bintang seni tanah air yang telah kembali ke Rahmatullah pada jam 5.13 pagi, hari ini.

"Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman," demikian kenyataan yang dikongsi menerusi Instagram Istana Negara pada Isnin petang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam pada itu, posting berkenaan turut dihujani dengan komen orang ramai yang tidak putus-putus menyampaikan salam takziah buat keluarga penyanyi itu.

Siti Sarah yang juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu menghembuskan nafas terakhir pukul 5.13 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) setelah ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham dan suami sekeluarga disahkan positif Covid-19 sejak 25 Julai lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain