TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim akan bertemu dengan Pengarah Pendidikan Johor dan guru di negeri itu yang menolak vaksin Covid-19, pada Jumaat ini. Tunku Ismail bertitah, pertemuan itu turut melibatkan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani. "Saya akan berjumpa dengan Pengarah Pendidikan Johor dan guru terlibat di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan bersama-sama dengan Mufti Johor dan Setiausaha Kerajaan Johor pada Jumaat ini. ARTIKEL BERKAITAN: TMJ mahu jumpa 779 guru tolak suntikan vaksin Covid-19 "Demi kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. InsyaAllah," titah Tunku Ismail menerusi posting di halaman Facebook. Dilaporkan, kira-kira 779 guru yang menolak untuk menerima vaksin Covid-19. Pada Ahad, Pengerusi Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang dilaporkan memaklumkan kira-kira 779 guru di negeri itu menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. Antara komen netizen. Mazlan ketika menjawab soalan tambahan pada Persidangan Keempat Dun Johor yang ke-14 berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan membantu memberi penerangan mengenai kebaikan vaksin kepada guru-guru yang terbabit supaya menerima vaksin. Rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing di ruangan komen. "Ajak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) sekali Tuanku, suruh tunggu kat pintu keluar... keluar je, cucuk terus." "Tolong jangan cop orang antivaksin. Kesihatan masing-masing terletak di bahu sendiri. Vaksin adalah secara sukarela bukan paksaan. Kemungkinan yang belum vaksin tidak yakin dengan vaksin. Dan mungkin faktor kesihatan yang tidak membolehkan beliau divaksin." "Jangan dengar sebelah pihak. Ambil tahu kenapa begitu ramai guru-guru menolak. Harap dipermudahkan semua urusan," demikian antara komen netizen. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI