PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan senarai barisan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi Jumaat, dan majlis mengangkat sumpah jemaah menteri pada Isnin. "Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan akan berlangsung pada pukul 2.30 petang, 30 Ogos," menurut Pejabat Perdana Menteri. Terdahulu, dilaporkan tiada pengumuman mengenai barisan Kabinet baharu, pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Agong berkenan terima senarai Kabinet baharu ARTIKEL BERKAITAN: Kabinet: PM selesai menghadap Agong "Perdana Menteri tidak akan membuat sebarang pengumuman hari ini," kata Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan ringkas kepada pemberita, pada Khamis. Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan perdana menteri, pada 21 Ogos lalu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI