suria

Covid-19: 22,070 jangkitan baharu seluruh negara, Selangor kekal rekod kes harian tertinggi

Sebanyak 22,070 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Jumaat.

DIKEMASKINI

SEBANYAK 22,070 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Jumaat, menjadikan kes keseluruhan berjumlah 1,662,913 kes setakat ini.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 265,695 kes di mana mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 22,070 kes baharu yang dilaporkan, 22,055 kes merupakan penularan tempatan manakala 15 kes adalah jangkitan luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes harian tertinggi! Malaysia catat 24,599 kes baharu Covid-19, 393 lagi kematian

Selangor kekal merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan 5,920 kes diikuti Sabah (3,010), Sarawak (2,224), Kedah (2,072) dan Pulau Pinang (1,829)

Perlis merekodkan 76 kes manakala Labuan merekodkan lapan kes pada hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat pertambahan 339 kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,550 kes," katanya dalam satu kenyataan pada petang Jumaat.

Beliau berkata, sebanyak 21,877 kes telah pulih daripada Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 1,381,668 kes.

"Sehingga kini, terdapat 982 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 470 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Covid-19, KKM, Selangor, ICU

Artikel Lain