suria

Sesat ketika mendaki bukit, 7 remaja lelaki ditemukan selamat

Pasukan SAR berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat.

KEJADIAN tujuh sekawan yang sesat dan terkandas di lereng sebuah bukit di Jeram Gunung Hitam Hulu, Sungai Lui, Hulu Langat pada Ahad ternyata mencetuskan kebimbangan ramai.

Namun, ketangkasan pihak berkuasa akhirnya membawa kepada penemuan mereka pada 1.51 pagi, Isnin.

Difahamkan, tujuh individu itu tersesat ketika aktiviti mendaki bukit dan pergi ke lokasi kejadian untuk mandi-manda di sungai.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui kesemua mangsa dalam keadaan selamat.

"Kejadian melibatkan tujuh remaja berusia 18 tahun sesat di hutan ketika beriadah. Kesemua mangsa dapat dihubungi melalui talian telefon dan dimaklumkan tidak mengalami kecederaan.

"Kesemua mangsa telah ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan selamat dan kerja-kerja membawa mangsa keluar sedang dijalankan," katanya dalam kenyataan pada awal pagi Isnin.

Sementara itu, Komander Operasi, Syahrin Yusma Mat Yusof berkata, seramai 36 orang anggota SAR termasuk lima penduduk tempatan terlibat dalam operasi yang bermula sejak jam 9.30 malam.

"Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat tetapi usaha membawa mereka keluar dijangka memakan masa sekitar empat hingga lima jam," ujarnya. - Sinar Harian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain