suria

Wanita lega, barang kemas bernilai RM70,000 ditemui semula selepas selongkar lori sampah

Kotak hijau yang mengandungi barang kemas berjaya ditemui semula.

SEORANG wanita berusia 30-an di Sik, Kedah tersenyum gembira apabila menemui semula barang kemas bernilai RM70,000 setelah dia membuangnya secara tidak sengaja.

Dengan bantuan beberapa pekerja syarikat pembersihan, mereka berjaya menemui kotak hijau yang menyimpan barang kemasnya, termasuklah beberapa gelang tangan.

Dalam sebuah video yang viral, wanita itu dan beberapa pekerja syarikat pembersihan itu dilihat menyelongkar beg berisi sampah yang diturunkan dari lori untuk mencari kotak tersebut.

Setelah menjumpai kotak hijau itu, dia segera membasuh kotak berkenaan dengan air sebelum membukanya untuk memeriksa sama ada barang kemasnya masih ada atau sebaliknya.

Wanita itu kemudian mengucapkan terima kasih kepada pekerja syarikat pembersihan tersebut atas bantuan mereka.

Pekerja syarikat pembersihan dan wanita itu berasa gembira, menganggap dia bernasib baik kerana sampah belum dihantar ke tapak pelupusan sampah. -THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain