suria

Taman tema bakal dibuka semula November ini

TAMAN tema di seluruh negara dijangka dibuka pada November tertakhluk kebenaran MKN dan KKM. —The Star

SELEPAS kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa, taman tema di seluruh negara dijangka dibuka semula kepada orang ramai selewat-lewatnya November ini, kata Datuk Seri Dr Santhara Kumar.

Namun, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) berkata, kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk pada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), yang kini sedang mengkaji prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan taman tema.

"Pada pendapat saya taman tema ini adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP yang ketat, berbanding dengan persekitaran di pantai.

"Di samping itu, pemain industri pelancongan ketika ini sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Taman Tema Lost World of Tambun sempena lawatan kerja sehari di Ipoh pada Ahad.

Khamis lepas, Menteri MOTAC Datuk Seri Nancy Shukri berkata keputusan mengenai pembukaan semula taman tema keluarga bakal diumumkan tidak lama lagi. — Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

taman tema, MKN, KKM

Artikel Lain