suria

Gangguan bekalan air bermula 13 Oktober ini, warga Selangor, Kuala Lumpur sila simpan air secukupnya!

Pengguna di Selangor dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya. -gambar hiasan/foto:THESTAR

PENDUDUK di Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada 13 Oktober disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh Air Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, menasihatkan pengguna di Selangor untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan merujuk laman hentitugas.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat berkaitan.

"Kerja-kerja ini tertangguh sejak tahun 2019 dan penting bagi mengelakkan kejadian yang tak diingini seperti kebocoran paip SSP 1 pada tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan dan berkongsi info grafik notis hentitugas.airselangor.com di laman Facebooknya pada Rabu.

Menurut notis berkenaan, jika penyelengaraan itu tidak dilaksanakan, ia berkemungkinan akan menyebabkan kerosakan dan gangguan bekalan air secara mengejut.

Dalam pada itu, ia juga dilakukan bagi menambah baik aset dan fasiliti bekalan air.

"Kelulusan kerja telah diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) manakala kesan kerja akan membabitkan penghentian sementara tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1(LRA SSP1).

"Tempoh penyelenggaraan bermula jam 9 pagi sehingga 11 malam pada13 Oktober membabitkan 998 kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor," menurut notis itu.

Notis tersebut turut memaklumkan peringkat pemulihan bekalan air akan bermula jam 5 petang pada 14 Oktober secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada 16 Oktober, jam 9 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain