suria

Pelanggan luar dijangka serbu restoran nasi kandar di Pulau Pinang hujung minggu ini!

Sebanyak 40 peratus pelanggan Restoran Hameediyah datangnya dari luar Pulau Pinang.-foto THE STAR

BEBERAPA kedai nasi kandar yang terkenal di Georgetown, Pulau Pinang dijangka sibuk dengan kehadiran ramai pelanggan pada hujung minggu ini susulan keputusan kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri.

Pengarah Restoran Hameediyah Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata dia menjangkakan hujung minggu ini kehadiran pelanggan adalah lebih daripada biasa.

"Ramai pelanggan setia dah lama teringin, mereka tunggu kebenaran rentas negeri untuk datang makan di restoran nasi kandar kegemaran mereka," katanya.

Sebelum pandemik Covid-19, 40 peratus pelanggan Hameediyah adalah luar dari Pulau Pinang.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah boleh balik kampung, melancong... tapi jangan lupa SOP! - PM

"Pada masa ini, kami hanya membenarkan pelanggan yang divaksinasi sepenuhnya untuk makan. Kami akan mengupah Rela untuk memastikan prosedur operasi standard dipatuhi dan memastikan orang ramai terkawal. Kami juga menyarankan pelanggan untuk terus memakai pelitup muka sehingga makanan mereka disajikan,” katanya.

Pengurus Restoran Nasi Kandar Kampung Melayu, Nizar Abdul Nazer berkata, dia bersedia untuk membuka pintu kepada pelanggan setempat dan dari negeri lain.

"Oleh kerana semua pekerja saya sudah diberi vaksin sepenuhnya, kami menawarkan dine-in mulai Sabtu. Kami menjangkakan lebih ramai pelanggan kerana cuti panjang pada hujung minggu. Sebelum ini, ketika dine-in tidak dibenarkan, perniagaan saya merosot 30 peratus hingga 40 peratus. Saya berharap perniagaan akan meningkat sebaik sahaja pelanggan kembali," katanya.

Menurut Nizar, kebanyakan peminat nasi kandar lebih suka untuk dine-in dan menikmati hidangan ketika ia masih panas.

"Untuk memastikan pelanggan dapat makan dalam persekitaran selamat, kami akan menyediakan hand sanitiser, pastikan mereka diberi vaksin sepenuhnya dan semua ruang dibersihkan dengan baik," katanya.

Sementara itu, penjaja char koay teow popular di Lorong Selamat, Soon Suan Choo, 73, berkata dia belum bersedia untuk pelanggan menerima pelanggan untuk dine-in di gerainya.

"Walaupun saya sudah diberi vaksin sepenuhnya, umur saya dah lebih dari 70 tahun dan termasuk dalam kategori berisiko tinggi.

"Saya hanya akan benarkan makanan untuk dibungkus sahaja buat sementara waktu dan memantau keadaan sebelum membuat keputusan untuk membenarkan pelanggan untuk dine-in.

"Perniagaan terjejas teruk kerana 70 peratus pelanggan saya adalah dari luar Pulau Pinang.

"Dengan ketiadaan sekatan perjalanan antara negeri, saya berharap akan dapat lebih banyak pelanggan," katanya.

Pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perjalanan rentas negeri dibenarkan untuk individu yang telah mendapat vaksin sepenuhnya, bermula Isnin.

Dia berkata kebenaran itu diberikan kerana hampir 90 peratus populasi dewasa di negara ini diberi vaksin sepenuhnya. - THE STAR

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain