suria

Umrah dan mungkin haji antara faedah gagal diperoleh golongan anti vaksin - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih belum mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 namun mengalakkan setiap rakyat Malaysia untuk mendapatkan suntikan.

INDIVIDU yang enggan mengambil vaksin bakal kehilangan banyak faedah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan masih belum mewajibkan suntikan vaksin Covid-19 namun mengalakkan setiap rakyat Malaysia untuk mendapatkan suntikan.

"Kami belum membuat keputusan untuk mewajibkan suntikan vaksin. Tetapi saya mengalakkan mereka yang belum mendapatkan suntikan untuk pergi dapatkan suntikan mereka. Anda akan kehilangan banyak hak istimewa jika tidak.

"Anda tidak boleh pulang ke kampung walaupun sudah lama tidak balik. Kalau ada yang cuba untuk menyelinap pun akan tertangkap, macam baru-baru ni dua orang ditahan polis," katanya.

Jelasnya, individu yang tidak menerima vaksin juga tidak dibenarkan untuk makan di restoran bersama keluarga atau solat di masjid.

Tambahnya lagi, individu yang tidak menerima vaksin juga tidak boleh mengerjakan umrah dan kemungkinan besar haji pada tahun hadapan.

"Mereka hanya menerima pelancong yang menerima vaksin lengkap," kata Ismail Sabri pada sidang media selepas mengunjungi perumahan awam di Seri Perak pada pagi Sabtu (16 Okt).

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain