suria

20 November depan ditetapkan sebagai tarikh pengundian PRN Melaka

Ia diadakan setelah empat ADUN menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri pimpinan negeri itu pada 4 Oktober lalu.

HARI penamaan calon untuk pilihan raya negeri Melaka akan diadakan pada 8 November dan pengundian dilakukan pada 20 November, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam sidang media pada Isnin, pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pengundian awal akan berlangsung pada 16 November.

Melaka mengadakan pilihan raya negeri setelah empat ADUN menarik sokongan mereka kepada kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional/ Perikatan Nasional pada 4 Oktober lalu.

Speaker Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusof mengesahkan bahawa Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam telah bersetuju untuk membubarkan dewan tersebut pada 5 Oktober. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain