MENTERI Kesihatan sekali lagi menggesa orang ramai agar terus memakai pelitup muka dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Khairy Jamaluddin turut menitipkan pesan itu buat ahli politik yang dilihat bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka. ARTIKEL BERKAITAN: KJ jawab dakwaan pakai tangkal ada empat jin untuk lindung diri "Teruskan pakai pelitup muka. Terutamanya ahli politik. Kerap saya lihat gambar rakan setugas bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka. "Ramai ahli politik menghidapi kencing manis, hipertensi dan mungkin obes. Biarpun sudah divaksin, kalau dijangkiti Covid-19, ia pasti tidak menyenangkan," ujarnya. Dalam perkongsian sama, Khairy turut memberi contoh kes di United Kingdom (UK) yang mana mereka kini sedang berhadapan gelombang jangkitan baharu. Ujar Khairy, ia berlaku kerana sikap keras kepala penduduk di sana yang enggan memakai pelitup muka. "Jangan jadi macam UK. Pakai saja pelitup muka," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI