suria

Dewan Rakyat ‘meriah’ dengan warna... Ahli Parlimen segak, anggun gayakan baju batik

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman segak mengenakan pakaian batik.

PERSIDANGAN Dewan Rakyat kali ini kelihatan 'meriah' dengan warna apabila buat julung kalinya Ahli Parlimen dibenarkan memakai pakaian batik setiap Khamis.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Ahli Parlimen lain yang mengenakan pakaian tradisonal itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Batik cantik tak pernah lihat! Graduan Seni Bina buat ramai terpesona dengan sentuhan moden seni warisan... ‘curi’ ilmu mencanting di kilang, YouTube

"Saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang anggun dan segak mengenakan baju batik Malaysia masing-masing," katanya pada Sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Khamis.

Bagaimanapun, beliau berkata pemakaian batik pada hari Khamis tidak diwajibkan.

KUALA LUMPUR, 28 Okt -- Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Sri Nancy Shukri.

Sementara itu, pada sidang akhbar, Nancy mengalu-alukan perkembangan penuh warna itu.

“Ini berita baik buat penggiat industri khususnya industri batik memandangkan usaha kementerian memartabatkan seni batik sebagai warisan negara.

"Kami berharap seramai 1,902 peniaga tekstil di bawah Kraftangan Malaysia akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini," katanya.

batik4

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Tambahnya, rebat tunai RM30 bagi setiap RM100 yang dibelanjakan di premis di bawah Kraftangan Malaysia akan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.

Antara yang turut menggayakan baju batik termasuklah Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain itu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut segak dalam persalinan batik masing-masing.

Untuk rekod, pada 11 Oktober lalu, Jawatankuasa Dewan Rakyat bersetuju dengan cadangan supaya Ahli Parlimen dibenarkan memakai batik Malaysia berlengan panjang ketika menghadiri persidangan Dewan Rakyat bermula hari ini. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain