suria

PM jamin pendaftaran automatik, Undi 18 dilaksana 1 Januari tahun depan

Ismail Sabri (gambar fail) memberi jaminan pelaksanaan pendaftaran automatik pengundi dan Undi 18. foto AZMAN GHANI/The Star

KERAJAAN komited untuk melaksanakan pendaftaran automatik untuk pengundi baharu dan Undi 18 mulai 1 Januari tahun depan, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu seperti diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching.

"Suruhanjaya Pilihan Raya berkata ia memerlukan tempoh sehingga September 2022 untuk menyediakan pendaftaran automatik atas faktor pengurusan dan pentadbiran.

ARTIKEL BERKAITAN: Undi 18 bakal direalisasikan, kerajaan tak rayu keputusan mahkamah

"Kerajaan juga boleh memfailkan rayuan kepada mahkamah untuk menangguhkannya.

“Bagaimanapun, sebagai tanda penghargaan kepada golongan belia, Kabinet telah bersetuju untuk meneruskan perintah mahkamah,” katanya ketika berucapa pada Hari Belia Negara 2021, Sabtu.

Keputusan penting itu akan memanfaatkan 3.9 juta orang berusia 30 tahun ke bawah dengan 1.3 juta daripada mereka berumur 18 hingga 20 tahun.

Beliau menambah, umur calon pilihan raya juga akan diturunkan kepada 18 tahun.

"Ini adalah komitmen kita untuk memberi suara kepada belia," katanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Lain