suria

Kecoh MySejahtara beri status salah HSO/PUS... ada yang tak dapat naik flight, kena ‘sound’ dengan guard pasar raya

Ramai pengguna MySejahtera berdepan masalah status aplikasi mereka bertukar kepada HOS/PUS.

KECOH di media sosial mengenai aplikasi MySejahtera mengalami masalah teknikal sehingga memberi kesan kepada ramai pengguna pada Ahad.

Ramai individu sejak awal pagi Ahad diberikan status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta individu dalam pemantauan (PUS) yang salah.

Malah, ada antara mereka berdepan dengan masalah seperti tidak dapat memasuki premis gara-gara kesilapan pada status menerusi aplikasi MySejahtera mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ciri 'check-out' MySejahtera akan ditambah baik, tegas Khairy Jamaluddin

ARTIKEL BERKAITAN: MySejahtera dikemaskini... pembelian kit ujian kendiri Covid-19 antara 3 ciri baharu

Seorang pengguna MySejahtera mendakwa tidak dibenarkan menaiki penerbangan disebabkan status aplikasi MySejahteranya bertukar kepada PUS.

"I tak boleh naik flight ya pagi tadi sebab tiba-tiba PUS??? What the **** buat sistem untuk satu negara boleh error macam ni???" komen seorang pengguna Twitter @lily_hara menerusi bebenang di laman Twitter rasmi Mysejahtera @My_Sejahtera.

masalah myselahtera tak boleh naik flight

Seorang lagi pengguna Twitter mengalami isu di mana aplikasi MySejahteranya bertukar status kepada HSO pada awal pagi Ahad.

Dia mempersoalkan status berkenaan kerana dakwanya tidak pernah melakukan ujian saringan Covid-19.

"Jam 0348 (3.48 pagi) dapat notis ni. Tak tahu kenapa. Adoi, tak pernah buat mana-mana swab test. Tak pernah merentas negeri/daerah, pagi ni dapat notis ni," luah pengguna @AmriHalim8.

masalah myselahtera dapat awal pagi

"Seriau den tiba-tiba. Jangan ler lagu ni. Penat jaga SOP bagai," tulis seorang pengguna Twitter @egunts.

"Mana tak seriau... free-free je kena sound dengan guard pasar raya tadi," ujar pengguna @nau96I memberi respons.

masalah myselahtera kena sound dengan guard

Susulan itu, ramai meminta kesilapan berhubung notifikasi status HSO dan PUS yang salah diperbetulkan segera.

"Saya ada movie pukul 1.30 petang. Tolong buat saya punya cepat sikit,” tulis pengguna @faiznazim.

"Tolong betulkan ID MySejahtera saya sekarang. Banyak urusan saya hari ni. Jadi macam ni pula tiba-tiba,” tulis seorang pengguna Twitter sambil menunjukkan status MySejahteranya bertukar kepada PUS.

mysejahtera statement

Pengumuman MySejahtera di laman Twitter.

MySejahtera menerusi laman Twitter tampil menjelaskan bahawa masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS juga ditarik semula.

"Selamat pagi semua. Kami meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku apabila pengguna aplikasi secara rambang diberi status HSO dan PUS.

"Kami telah membetulkan punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Semua HSO yang salah telah dipadamkan, dan status PUS yang salah ditarik balik," tulis MySejahtera.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain