suria

Polis siasat dakwaan anggota buat gangguan seksual

Polis menyiasat dakwaan gangguan seksual oleh anggotanya. gambar hiasan

POLIS menyiasat dakwaan gangguan seksual oleh anggotanya yang menaiki kereta peronda polis terhadap seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mereka dimaklumkan mengenai dakwaan tersebut yang dimuat naik di Twitter, pada Jumaat.

"Twitter dikenali 'Lord Pretty @qhaishaaantsha' memuat naik gambar kereta peronda polis dan mendakwa anggota polis melakukan gangguan seksual terhadapnya.

"Kita mengesahkan kereta peronda polis jenis Honda Civic di dalam gambar itu milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Beliau berkata, siasatan terperinci akan dijalankan bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

"Kita minta pemilik akaun Twitter itu membuat laporan polis bagi membolehkan keterangannya diambil, bagi membantu siasatan.

"Tindakan sewajarnya akan diambil jika wujud salah laku seperti didakwa," katanya sambil menambah IPD Petaling Jaya tidak akan berkompromi dalam menangani sebarang salah laku yang melibatkan anggotanya. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain