KELUARGA bakal menikmati perjalanan tanpa hari menerusi perkhidmatan tren dan bas di Lembah Klang, pada hujung minggu dan cuti umum tidak lama lagi. Pengenalan Pas Keluarga Malaysia itu bakal dijual bermula 1 Disember, membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menggunakan LRT (Transit Aliran Ringan), MRT (Transit Aliran Massa) dan monorel kendalian Rapid KL dan BRT (Transit Aliran Bas) tanpa had, pada Sabtu, Ahad dan cuti umum. Pas tersebut berharga RM15, yang boleh digunakan untuk empat rakyat Malaysia bagi perjalanan tanpa had. "Ini bermakna setiap pengguna dalam kumpulan terdiri empat orang hanya perlu membayar RM3.75 untuk perjalanan tanpa had bagi kemudahan tren dan bas," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. "Ini membolahkan keluarga Malaysia menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang, sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam," katanya pada majlis pelancaran pas perjalanan pas tersebut di KL Sentral di Kuala Lumpur, pada Isnin. Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd, Tan Sri Jamaludin Ibrahim. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI