SEORANG lelaki yang menghalang lalu lintas di Puchong dalam keadaan berbogel telah dirujuk ke hospital untuk dinilai kesihatan mentalnya. Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, polis menerima laporan mengenai lelaki itu pada 26 November. “Kejadian berlaku di jambatan Kampung Baru di Pekan Batu 14 Puchong. Lelaki itu dibawa ke balai polis sebelum dirujuk ke Hospital Kajang. "Dia kini berada di wad psikiatri untuk rawatan. Dipercayai lelaki warga Bangladesh itu mengalami masalah kesihatan mental," katanya ketika mengulas video tular memaparkan lelaki itu sedang memanjat bahagian hadapan sebuah lori. Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada lelaki itu, tambahnya. - The Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI