ORANG kurang upaya (OKU) dan seorang individu yang mengiringinya dibenarkan menggunakan perkhidmatan Rapid tren dan Bas Rapid Transit (BRT) secara percuma sehingga 12 Dis. Pengecualian bayaran ini terpakai untuk perjalanan di LRT, MRT, Monorel dan BRT- Laluan Sunway. Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah membuat pengumuman itu pada majlis ringkas menyambut Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di stesen LRT Bangsar dengan dihadiri Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Rasdi. Selain itu Azharuddin berkata syarikat itu akan mengumumkan pembukaan peluang pekerjaan untuk golongan OKU pada suku pertama tahun depan. Langkah ini, katanya, selaras dengan dasar kerajaan 1% peluang pekerjaan untuk OKU. “Kami tidak akan berhenti di situ. Kami akan bekerjasama dengan persatuan untuk OKU dan badan berkaitan untuk melihat lebih banyak cara untuk memperkasakan komuniti OKU,” katanya. Ras Adiba berkata beliau mengalu-alukan usaha segera oleh Prasarana dalam mewujudkan peluang pekerjaan untuk OKU. - The Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI