suria

Air naik cecah 1 meter... Tiga PPS dibuka tempatkan mangsa banjir di Klang

Air naik mencecah semeter susulan hujan berterusan. Foto: Sinar Harian

HUJAN lebat sejak Jumaat menyebabkan banyak kawasan perumahan sekitar Klang, Selangor dinaiki air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir sekitar daerah itu.

Setakat pukul 10 malam Jumaat, seramai 113 mangsa telah ditempatkan di PPS Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Delek, SRA Pulau Indah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong.

"Seramai 106 mangsa terlibat dalam kejadian banjir di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Pelabuhan Klang.

"Air naik sehingga semeter susulan limpahan air dari kawasan kumbahan dan longkang," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Katanya, jumlah mangsa dijangka terus meningkat susulan operasi masih berjalan. - SINAR HARIAN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

banjir Klang, PPS, hujan berterusan

Artikel Lain