suria

Tragis lelaki maut dilanggar lori selepas tukar tayar pancit

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

MALANG tidak berbau apabila seorang lelaki maut dilanggar sebuah lori selepas menukar tayar keretanya yang pancit di Lebuh Raya Utara-Selatan di Alor Gajah, Selasa.

Kejadian berlaku awal pagi Selasa di Kilometer 218.7 arah selatan lebuh raya PLUS.

Dalam kejadian pukul 5.15 pagi, mangsa Muhamad Zaki Redzwan, 42, bersama isteri, 42, dan anaknya berusia 15 tahun dalam perjalanan dari Batu Gajah, Perak menghala ke Skudai, Johor.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, tayar belakang sebelah kiri kereta Proton Perdana dinaiki tiga beranak itu pancit.

Menurutnya, mangsa kemudian memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk menggantikan tayar namun setelah siap, mangsa telah dilanggar oleh lori tersebut.

"Akibat pelanggaran itu mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

"Menurut keterangan isteri mangsa, selepas perlanggaran, lori terbabit tidak berhenti dan telah meneruskan perjalanan," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,'' katanya. - Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain