suria

Banjir: Cuti sekolah disambung seminggu

Sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 ditangguhkan selama seminggu. Foto: Yap Chee Hong/The Star

SESI persekolahan penggal ketiga 2021/2022 yang sepatutnya bermula 2 Januari dan 3 Januari 2022 ditangguhkan selama seminggu.

Ini bermakna sesi persekolahan akan bermula pada 9 Januari dan 10 Januari 2022 bagi kumpulan A dan kumpulan B.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menerusi video di laman Facebook beliau, petang Jumaat.

"Mengambil kira situasi banjir semasa di seluruh negara, yang melibatkan murid, ibu bapa serta guru-guru sama ada secara langsung atau tidak langsung.

"Juga melibatkan sekolah-sekolah sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mahupun sekolah yang terjejas teruk maka Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat keputusan bahawa sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 akan ditangguhkan selama seminggu.

"Bermakna sekolah akan bermula pada 9 Januari 2022 dan 10 Januari 2022 bagi negeri kumpulan A dan negeri kumpulan B," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain