suria

Bot terbalik di Tawau, 2 kanak-kanak ditemui meninggal dunia... seorang lagi masih hilang

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian tersebut.

DUA kanak-kanak ditemui meninggal dunia manakala seorang masih hilang selepas sebuah bot karam di daerah Tawau pada petang Sabtu.

Tiga beradik berusia antara lima hingga 20 tahun itu bersama enam lagi yang lain menaiki bot kecil dari Batu 4 Kampung Rawa-Rawa ke Kampung Batu Payung ketika kejadian kira-kira jam 4.30 petang.

Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Misran Bisara berkata, sembilan mangsa menuju ke Kampung Batu Payung tetapi terpaksa membuat pusingan U atas beberapa sebab sebelum kejadian berlaku.

“Bot itu terbalik separuh jalan,” katanya.

Tambahnya, enam daripada mangsa telah diselamatkan oleh penduduk kampung pantai berhampiran.

Beliau berkata tiga beradik - Jaidi, 5, Saiful, 15 dan Rahena Muhaimin, 20, hilang selepas kejadian itu.

Mayat dua daripada adik-beradik itu - Saiful dan Jaidi - ditemui awal Ahad dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi.

Usaha mencari mangsa terakhir diteruskan.

Cuaca di Tawau baik ketika kejadian dan pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian tersebut. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain