suria

Pengeluar roti Massimo perlu perjelas kenaikan harga - KPDNHEP

Rosol (gambar fail) mengulas mengenai kenaikan harga roti jenama Massimo. foto Bernama

PENGELUAR roti jenama Massimo, The Italian Baker Sdn Bhd, akan dipanggil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memberi penjelasan berhubung keputusannya menaikkan harga produknya.

Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid dipetik sebagai berkata, kenaikan harga itu akan membebankan pengguna yang terpaksa berhadapan dengan kesan pandemik Covid-19 dan bencana banjir, baru-baru ini.

"Kita akan panggil pengeluar roti jenama Massimo, kementerian nak tahu apa alasan kenaikan itu dan apa alternatifnya untuk rakyat," katanya sebagai berkata, memetik laporan Berita Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak diberi notis awal, kerajaan akan siasat kenaikan harga roti

Rosol berkata, kementerian baru-baru ini juga mengadakan sesi konsultasi dengan pengeluar roti jenama Gardenia selepas mereka menaikkan harga pada 1 Disember.

"Syarikat itu berkata kenaikan harga tersebut disebabkan kenaikan harga bahan mentah yang di luar kawalan mereka.

"Kementerian memahami alasan itu dan sebagai alternatif, Gardenia Bakeries berjanji untuk mengeluarkan satu produk baharu roti yang dijual pada harga lama.

"Langkah yang sama boleh dibuat oleh pengeluar Massimo supaya rakyat mempunyai pilihan," kata Rosol.

Berkuatkuasa 1 Januari lalu, The Italian Baker menaikkan harga roti, termasuk menaikkan harga sebuku roti White Sandwich 400 gram (g) daripada RM2.38 kepada RM2.80.

Harga White Sandwich 600g RM4 dinaikkan kepada RM3.35), Wheat Germ 400g RM3 (RM2.48).

Sementara itu, harga roti Wheat Germ 600g pula dari RM4.25 dinaikkan kepada RM3.71. - The Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain