suria

Covid-19: Ujian saringan kendiri untuk murid sekolah bermula minggu ini

Kit ujian kendiri akan disediakan oleh sekolah dan ia akan bermula minggu ini.

UJIAN saringan kendiri Covid-19 untuk murid sekolah rendah akan dijalankan di rumah mulai minggu ini.

Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, 10 peratus murid akan dipilih setiap minggu untuk melakukan ujian di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kit ujian kendiri Covid-19 kini boleh didapati serendah RM6.90

Murid-murid ini akan dipilih secara rawak.

“Pelaksanaannya bermula di sekolah pada 1 Disember 2021.

“Susulan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berbincang dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai pendekatan yang perlu diambil untuk pelaksanaan ujian ini.

“Kementerian Kesihatan bersetuju membenarkan ujian ini dijalankan di rumah dan pihak sekolah telah dimaklumkan mengenai keputusan ini.

"Kit ujian kendiri akan disediakan oleh sekolah dan ia akan bermula minggu ini," katanya pada Selasa.

Tambahnya, kementerian akan mengeluarkan kenyataan media untuk menjelaskan butiran lanjut.

Beliau berkata adalah penting bagi ibu bapa kepada kanak-kanak terpilih untuk menjalankan ujian mengikut prosedur yang telah digariskan.

Ini bagi memastikan sesi persekolahan berjalan lancar dan selamat, tambahnya.

“Jika tidak mengikut prosedur, bukan sahaja murid yang terpilih akan terjejas, malah rakan dan guru mereka di sekolah juga.

“Oleh itu, adalah penting apabila kita memulakan pendekatan baharu dalam menjalankan ujian kendiri Covid-19 ini, ibu bapa memainkan peranan penting untuk memastikan ujian ini dilakukan dengan teratur dan kita mengikut prosder yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.

“Kita mahu memastikan sesi persekolahan terus berjalan dengan selamat,” katanya. - The Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain